August 28, 2011

#Pls.

Khamis lepas, mak call dan btau maktok masuk hospital. Esoknya pulak aku ade test. Dang ! Dugaan betul hujung-hujung bulan puasa ni T.T

So, di pendekkan cerita maktok masih lagi kat hospital sampai lah sekarang. Actually, maktok ade luka kat usus dia sebab makan ubat pain killer. Tapi kalau tak makan ubat pain killer dia sakit. Nak tak nak kene makan pain killer jugak. Doktor pon dah btau sebelum ni, tapi nak buat macam mana kan? Sebelum ni pon dah buat operation, tapi dulu lah. Sekarang ni doktor kata tak boleh sebab ikut umur maktok yang dah 89 tahun ni badan dia tak kuat. Cuma harapkan pada ubat jelah.

Kesian pulak aku tengok maktok ni, badan sakit-sakit pon sibuk nak duduk. Dia kata penat terbaring lama-lama kat katil. Tapi terpaksa jugaklah ikutkan dia, papah dia untuk duduk walaupun die mengeluh sakit-sakit. Yang buat aku kagum dengan maktok ni, walaupon umur dah 89 tahun tapi die tak pernah lupa solat dan tak pernah tinggalkan solat 5 waktu.

Masa tengah terlantar kat hospital maktok suruh mak cari ustaz untuk kirakan fidyah dia yang tinggal puasa. Seboleh-boleh paksa mak aku cari ustaz masa tu jugak. Orang kata nanti, tapi degil. *patot aku pon degil.

Maknanya, tahun ni aku tak beraya lah. Baju raya pon tak de tahun ni. *tsk tsk Takpelah, ape lah sangat raya tu kan kalau nenek sendiri terlantar kat hospital? Lagi pon spirit raya dah tak sama macam mase kecik-kecik dulu, jadi rasa tak kesah pon kalau tk raye.

Doakan untuk maktok sihat ye? Terima kasih.

3 comments:

Kumbang Jingga said...

sabar ye..itu semua ujian dr tuhan..

zulhelmi said...

salam takziah untuk your maktok. hope she will get well soon.

Deya Zanial said...

Kumbang Jingga & zulhelmi : thanks.