August 17, 2011

#Novel

Ini ada satu trailer novel yang aku nak suggest pada korang, untuk korang baca. Penulis dia Ramlee Awang Mursyid. Siapa yang suka novel jenis trailer aku SANGAT-SANGAT sarankan untuk korang baca. Tak kan kecewa punya.

Novel ni bukanlah macam novel-novel lain yang kebanyakannya bersandarkan pada kisah cinta semata. Sangat tipikal bagi novel orang melayu alaf 21 ni. Cerita yang tak begitu rare.

Tapi untuk novel yang aku nak cakap ni die lebih kepada cinta antara sesama manusia dan cinta seorang hamba kepada Tuhannya, Allah swt. Okay aku admit, watak Saifudin atau nama panggilannya Laksamana Sunan agak begitu mustahil bagi orang-orang zaman sekarang, dia begitu sempurna.

Apa yang penting? KERJASAMA. Okay tak lawak. Apa yang penting, kau boleh feel lah bagaimana seorang hamba yang begitu takut pada Tuhannya dan pada masa yang sama macam mana dia terima cinta dari seorang manusia. Kau mesti tertanya-tanya, Laksamana Sunan ni betul-betul wujud ke? Haha. I bet semua orang yang bace mesti macam  tu.

Alaa aku ni bukan pandai sangat nak berayat novel bagai ni. Kau baca dulu, baru kau tahu apa yang aku nak cuba sampai kan sekarang. Dia ada juga selit-selitkan ayat-ayat al-Quran tapi yang dah di translate-kan kepada maksud. Jadi, kau jangan nak sesuka langkah novel tu sebab banyak nama Allah dalam tu.

Mak aku kemain marah lagi kalau nampak novel tu atas lantai. Mau di sebat tapak kaki. Bagi perempuan yang baca novel ni mesti jatuh hati pada watak Saifudin aka Laksamana Sunan. Siapa tak nak bersuamikan lelaki yang hormat orang tua, sopan bila bercakap, penyabar, pemaaf, dan yang paling penting cintakan Allah lebih daripada manusia. Siapa tak nak? Aku pon nak.

Boleh baca ikut turutan,

1. Bagaikan Puteri.
2. Cinta Sang Ratu. 
3. Hijab Sang Pencinta.
4. Cinta Sufi.
5. Sutera Bidadari.

Tak salah habiskan duit untuk novel macam ni. Topup sehari RM10 boleh tak kan beli novel neh tak boleh? Tak rugi pon. Aku harap ada sambungan lagi. Haha.

5 comments:

saperakue said...

sutera bidadari tak baca lagi

Deya Zanial said...

Ape tunggu lagi? BELI SEKARANG ! haha

eima.manan said...

ya betul RAM memang penulis yang best. karya unggul.

Myera Nyera said...

ada lagi, ungu karmila. tapi bukan sambungan tu lah. antara karya terhebat beliau.

Azyyati Elias said...

satu kapal minat Ramlee Awang Murshid & Laksamana Sunan. :)