Setiap hari, aku cuma lalui hari-hari biasa. Hari-hari yang letih. Hidup yang penuh beban dan lelah. Tapi aku tak menyalahi yang Satu itu. Mungkin, aku terlalu malas untuk mengubah keadaan ini, dan cumanya mahu mengeluh.
Pada setiap hari itu, seawal pagi, aku memakai topeng "senyuman". Topeng yang dihadiah oleh kau dulu. Aku jaga rapi topeng ini. Aku tak mahu orang melihat siapa diri aku yang sebenar. Biar "senyuman" ini yang mereka lihat, bukan diri aku yang sebenar. Yang benar di sebalik topeng hadiah kau.
Di setiap malam itu, sesampai je aku pulang ke rumah, setiap harinya, aku tanggalkan topeng ini. Bukan senang untuk melalui hari-hari ini. Tapi aku bersyukur kerana punyai topeng ini. Pemberian kau yang paling aku hargai. Terima kasih.
Setiap kali melihat cermin, aku sebenarnya sudah lupa rupa aku sendiri. Bagaimana rupanya bila aku sebenarnya tersenyum ikhlas? Senyuman yang pernah aku berikan setiap kali melihat kau. Ah, aku lupa.
Tolong aku?
No comments:
Post a Comment