May 13, 2010

Simple Meat Lasagna

Hari neh aku buat lasagna. Memang sedap walaupun baru first time buat. Tk susah pon nk buat sebenarnya. Lebih susah nk buat lauk untuk makan tu daripada buat lasagna. Simple habis. Orang bujang bolehlah buat. Tapi mak mak orang kalau dah malas sangat nk masak boleh jugak buat. Tapi jangan selalu, elak laki kawen baru je nanti.


Firstly, sediakan bahan-bahan. Instant lasagna, bombay onion, garlic, fresh milk, minced meat, cheddar cheese, butter, flour, pasta sauce, salt & pepper to taste. Sediakan meat sauce dan cheese sauce dulu.


Meat sauce : Masukkan satu sudu butter lepas tu masukkan bombay onion yg di potong dadu dan garlic yg di hancurkan. Boleh juga letak carrot dengan tomato. Tapi aku tk letak sebab tk suka. Kemudian masukkan minced meat then kacau. Masukkan pulak pasta sauce. Aku guna prego. Memang sedappp. Letak garam dengan pepper. Garam tu jangan banyak sangat sebab prego tu macam dah cukup rasa. Kang masin sangat tk sedap. Pepper tu lagi banyak lagi sedappp. Kacau gitu-gitu tutup api then ketepikan. Btw, untuk meat sauce neh boleh jugak buat untuk makan dengan pasta.


Cheese sauce : Masukkan satu sudu butter, dua sudu flour dan kacau. Lepas tu masukkan dua cawan fresh milk kacau lagi. Akhir sekali masukkan cheddar cheese. Letak lah half block. Kacau sampai jadi pekat. Last sekali taburkan sikit pepper.


Dua sauce dah siap. Sediakan casserole then letak instant lasagna lepas tu meat sauce lepas tu cheese sauce. Ulang lah steps yg sama. Tapi ending with cheese sauce. Kat lapisan atas sekali letak grated parmesan cheese. Lagi banyak lagi sedappp. Serius ! Then, wrap dengan aluminium paper. Bake in oven for 30-40 minutes dengan suhu 180'C. Keluarkan dari oven lek-lek dulu dalam 4-5 minutes baru serve. Layannn.


Tadaaa ! Sedap en? En?

8 comments:

Sue Anna Joe said...

Sedapnyaaaaaaa. Huh. Seronok baca pebagai jenis recipe ni. Suatu hari nanti kalau rajin I kongsi plak my mom's lasagne recipe. Also sangat mudah, like you said, lagi senang dari buat lauk. Masakan Melayu susah gila okay.

Deya Zanial said...

betul tu. lagi-lagi tgh sem break neh. daripada buang masa baik masak kn? wowww nk jugak try ur mom's recipe. haha memang pon. masakan melayu banyak sangat bahan susah nk hafal hehe.

MiYOKO SuKi said...

sedapnyeee....i loike lasagna...nk kena try niii....

Anonymous said...

lasagna neh sedap dijamah bila panas. kan? bila sejuk, loya tekak i. pandai u buat. i malas sket nk wat lasagna, tp nk cuba jgk la resepi u nnt. =P

Deya Zanial said...

titin : haa mesti try ! senang gile :)

fifi : yupp. muak kalau sejuk maybe sebab cheese tu kot. tk panas tk sedap. haha lasagna neh tk susah pon nk buat. kalau dah buat mesti rase nk buat lagi :)

FeeQ said...

Really looks nice ^^

Hanamaruku said...

sedapnye yaAllah! nak try gak! kalau i dah buat, nnty nak post kat blog ah! hehe ;P

Deya Zanial said...

feeq : & tasty too ! ;)

hana : haha must try !