November 7, 2010

Isu Bersanggul Bagi Wanita.

Sebelum neh aku ade post satu entry kat sini pasal tudung kan? Maksud aku pasal hukum bersanggul kan? Neh ade sorang reveal pasal hukum bersanggul. Die buat banyak research pasal neh. So, aku nak share. Tak lah perempuan bertudung neh dok tertanya-tanya ape hukum bersanggul tu.

Sebelum neh aku ade post petikan hadis neh,

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Berikut ialan pandangan Ustaz Kazim Elias Al Hafiz, pengetua Pusat Pendidikan AL-Barakah, di Ipoh, Perak atas hadis tersebut :

''..nabi tidak sebut sanggul, nabi sebut perempuan berpakaian tp bertelanjang,berjalan terhoyong hayang dan di atas kepala mereka ada goh seperti goh unta,,dan golongan ini tidak pernah ada dizaman nabi...baca betul2 hadis itu..maksud nabi ialah golongan model,peragawan, ratu yg apabila menang akan dipakaikan mahkota spt bonggol unta di atas kepala mereka...berpakaian tp mcm tidak berpakaian,cuba tgk cara mereka catwalk,memperagakan tubuh mereka..perkara ni tiada di zaman nabi 1400 tahun dulu..sanggul tu didalam tudung,tak nampak rambut pun, bagaimana hendak dikata haram? Baca la buku dan kitab serta bertanya la pd guru yg boleh memberi huraian yg baik...sila rujuk kitab, ada diterangkan hadis ini..''

Menurut Ustaz Kazim, sekiranya ada beberapa ciri tersebut didalam sesuatu hadis, kita hendaklah mengambil kira kesemua ciri tersebut. Contohnya, ramai sahabat di luar sana hanya mengambil satu ciri di mana,

'' ..Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan  seperti bonggol unta yang lemah gemalai..."
lalu mereka berfahaman bahawa itu adalah apa yg dimaksudkan (bersanggul tinggi), sedangkan tidak, kerana mereka perlu mengambil ketiga2 ciri yg disebut didalam hadis, iaitu berpakaian tetapi seperti telanjang, berjalan melenggang lenggok, dan di atas kepala wanita terdapat bonggolan seperti unta yg lemah gemalai. (sepatutnya yg dimaksudkan ialah para peragawati)
 Kata Ustaz Kazim lagi,
''..sila rujuk buku 40 hadis akhir zaman ,ustaz fahmi ada menghuraikan hal ini.anda tengok hadis tu betul2,Nabi sebut ciri2 perempuan ada 3 ciri yg perempuan itu ahli neraka 1.perpakaian tp mcm bertelanjang 2.berjalan melenggang lenggong 3.dan di atas kepala mereka ada bonggol seperti bonggol unta..baca ketiga2 sifat ini jgn hanya ambil satu ciri sahaja.yg haram ialah sanggul rambut yg tidak menutup aurat..''

Apa pandangan anda?

Apabila isu bersanggul tinggi atau besar ini dikemukakan kepada Mufti Negari Perlis, Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau berkata :

 ''Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak membantah wanita ini mempunyai sanggul yang besar. Bahkan diberikan kemudahan kepada mereka yang bersanggul untuk tidak merongkaikannya ketika mandi wajib.. Maka wanita boleh untuk bersanggul. Asas yang penting yang mesti dijaga hendaklah penampilan mereka tidak memperlihatkan seakan mereka wanita yang kurang baik, atau ‘memburu lelaki’ atau apa yang boleh menimbulkan sangkaan pada kebiasaannya..''

Adapun sanggul; terdapat hadis Nabi s.a.w di mana seorang wanita bertanya Nabi s.a.w :

 “Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merongkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” (Riwayat Muslim).

 Jadi, untuk bersanggul tinggi atau besar, ia bergantung kepada NIAT seseorang. Contohnya, sekiranya niat kita membeli dan memakai 'fake bun' (utk menampakkan sanggul yg tinggi) adalah untuk kelihatan menarik dan cantik, maka hukumnya HARAM, kerana kita berniat untuk menarik minat dan pandangan orang terhadap kita, ada sesetengah individu meninggikan sanggul mereka, kerana ingin selesa dalam berhijab, kerana ramai wanita memilik rambut yg panjang, jika difikir secara logiknya, jika rambut seseorang wanita itu panjang, diikat tinggi, mahupun rendah, akan tetap memberi kesan kepada bentuk kepala ketika berhijab.

Ada pula individu yg mengatakan, apabila rambut disanggul tinggi, ianya akan menampakkan kepada kaum Adam, yg kita memiliki rambut yg panjang? Hal ini dihuraikan oleh Ustaz Kazim ;

''..cuba anda bayangkan pula dgn perempuan yg bertudung,menutup aurat,tudung labuh menutupi dadanya tp payudaranya agak besar dan tertonjol seperti org pakai sanggul td maka dikata haram juga pada perempuan yg tertonjol itu?''

 Apabila rambut yg panjang, disanggul tinggi, mahupun rendah, ianya akan tetap menampakkan bonggolan kerana ikatan rambut tersebut. Benarkan?

Jadi,segalanya bergantung kepada niat seseorang wanita itu sendiri.

Dari Sa`d Ibn Abī Waqqāsh dengan sanad yang valid, Nabi (saw)—bersabda, 
إِنَّ أَعْظَمَ الْمُسْلِمِيْن جُرْمًا مَنْ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يُحَرَّمْ فَحُرِّمَ مِنْ أَجْلِ مَسْألتِهِ
“Sesungguhnya yang paling besar dosa dan kejahatannya dari kaum muslimin adalah orang yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat al-Bukhāri:VI/2658/6859.)

 Islam itu mudah.

Source : Click here.

8 comments:

zulhelmi said...

informative :)

Hanamaruku said...

yup. ape2 pon, yang penting is niat. tapi dulu i used to ikat sanggul tinggi2 sebab nak nampak cantik. but then, bila fikir balik, dah jatuh hukum haram kan?

maka tak jadi sanggul tinggi2. hehe.

Deya Zanial said...

zul : hehe :)

hanna : haha betul betul. kadang kadang nampak pelik je kalau sanggul tinggi tinggi neh.

Tuan Din said...

Tahniah Deya, good information... dah lama tunggu blog nie di update...

amalina khalil said...

salam.sekadar berkongsi rasa.maaf andai tak sama pendapat dengan yang lain.
apa gunanya sanggul tinggi2 kan?sebab nak tunjuk pada orang lain yang rambut kita panjang?rasanya tak perlu sebab sebagai muslimah,perlu utk kita tutup selagi mampu.bukan tak boleh sanggul rambut bawah2 sikit.kenapa perlu tinggi2 macam bonggol unta kan?
buruk ada la.huhu!
Islam itu memang mudah.tapi perlu jugak untuk kita hindarkan apa2 yang boleh menghampiri kepada fitnah.sama juga halnya dengan tudung yang disepit hingga menampakkan bentuk leher,bila dah nampak leher,bahagian depan pun dah tersembul sebab tudung tu makin memendek ke depan.kesannya?pakai tudung tapi masih menggambarkan apa yang di dalam,leher yang jinjang, pakai baju tapi masih terserlah lurah,tak perlu terus bertudung labuh untuk kita bergelar muslimah tapi cukup lah sekadar kita tutup apa yang kita mampu,selagi terdaya.
ISLAM itu INDAH~Peace :)

Deya Zanial said...

tuan din : thank you :)

amalina khalil : :)

miRa'e said...

thx , gud information :)

Hirdayu Rahmat said...

sangatttt menyedarkan.... maya pon perlukan pembukaan seperti ini ^^