Jam 5:38 petang
Jam 5:42 petang
Setiap waktu ini, An akan tersenyum apabila pintu train terbuka. Tersenyum apabila melihat sesusuk tubuh lain melangkah masuk dan melabuhkan punggung di mana An duduk. Kerana An akan berdiri di depan perempuan itu. Berbual sepanjang perjalan sebelum tiba destinasi mereka. Mungkin bertanyakan bagaimana hari-hari yang di lalui sebelum mereka bertemu pada jam 5:42 petang, setiap hari.
Setiap hari itu, Ana cuma melihat perkara yang sama. An dan wanitanya. Bagaimana An tersenyum bila melihat wanitanya melangkah masuk, bagaimana senyuman An kepada wanita itu, cara renungan An terhadap wanita itu. Apa yang boleh di rasakan Ana hanyalah perasaan yang gembira untuk 4 minit sebelum hatinya hancur lepas 4 minit itu berlalu.
Hancur hati melihat perkara antara An dan wanitanya. Wanita yang sepatutnya menjadi tempat Ana. Ana cuma dapat mengenang apa yang berlaku beberapa tahun lalu. Di zaman mereka menuntut ilmu. Di mana An dan Ana begitu rapat, dan Ana tahu An menaruh harapan terhadapnya, namun Ana memilih untuk tidak bersamaan An kerana ego dan perasaan kesian terhadap wanita lain yang menaruh harapan kepada An. Yang akhirnya, sekarang, wanita itu menjadi punca senyuman yang melakar di bibir An setiap jam 5:42 petang. Yang akhirnya, sekarang, menjadi luka untuk Ana melihati mereka setiap jam 5:42 petang.
No comments:
Post a Comment