October 17, 2013

RECIPE : Butter Prawn.

Just nak share resipi yang senang gilaaaa. Mesti semua orang pon tau buat, tapi ni first time tadi buat and it taste turned out really nyum nyum nyummm~


Yes, tiga bahan ini SAHAJA yang di perlukan. Tak percaya kannnnn? Sebab aku buat yang simple je. Banyak bahan yang aku tolak, sebab takda. Tapi still rasa sedappppp. 

Bahan untuk kriuk-kriuk:
Margarine 1 mangkuk kecik (boleh jugak guna butter, nama pon BUTTER prawn)
2 biji telur kuning (Nak guna 10 pon bolehhhh. Melampau lettew?)

Cara masak:
Masukkan margarine gaul guna senduk bulat. Gaul jangan stop. Gaul. Gaul. Gaul. Gaul. Gaul sampai mengantok. Lepas tu masukkan kuning telur tu tetinggi sikit ala-ala teh tarik. Gittew. Sambung lagi gaul. Gaul. Gaul. Gaul. Gaul. Nanti dia macam berbuih. Asal dah kekuning sikit, tutup api, tapis kasi keluar minyak.

Bahan untuk goreng udang:
Udang saiz besar (besar-besar lah sedap. Kannn? *wink wink*)
Salt to taste
Serbuk kunyit
Cili api/padi (kalau takde, tibai je pakai lada hijau/merah)
Bawang putih (minced)

Cara masak:
1. Gaulkan udang tadi dengan garam dan serbuk kunyit. Agak-agak lah garam tu, jangan banyak sebab margarine tu dah masin. Melainkan engko nak darah tinggi, letak lah bebanyak garam tu.

2. Rasanya tadi margarine yang buat kriuk-kriuk tu ada lebih kan? Kalau sikit sangat letak lah margarine lagi, panaskan sampai cair, lepas tu masukkan udang tadi. Gaul lagi.

3. Masukkan bawang putih dan hiriskan cili api/padi (tapi aku guna lada hijau sebatang. Nasib baik pedas.) masukkan dalam kuali. Sebabkan banyak sangat aku dah tolak kalau ikut resipi betul, aku patah-patahkan kacang panjang. Senang satu lauk complete dengan main course siap sayur. Tak gittew?

4. Rasa-rasa dah masak tu, tutup api, hidang dan taburkan kriuk-kriuk on the top. SIAP!

TAAADDDDAAAAAAAA!!!

Kriuk-kriuk tu tak berapa lawa, tapi boleh lahhhhh. Sedap hokayyyy! Give it a try lah. Kalau ikut resepi betul siap ada susu cair dan daun kari. Tapi aku tak de dedua bahan tu. Tak tahulah apa rasa kalau letak susu cair tu. 

Esok nak try butter chicken (ala-ala Gold Chili tuuu) pulak. Kalau jadi, kita share resepi k?

Bye!

No comments: