Emm Khamis lepas aku pergi klinik sebab mata ni dah teruk sangat dah kering, mengelupas, pedih dan merebak sampaike bawah mata. Mula-mula ingat allergic dengan eye liner ke ape kan. Tapi dah nak dekat sebulan tapi still tak baik-baik lagi.
Mula-mula pergi farmasi, orang farmasi tu pon macam pelik then just bagi ubat sapu je. Mula-mula macam dah nak baik. But then aku ni ade satu jenis perangai yang suka gosok mata ahhhhh nikmat sangat! LEPAS TU biji mata putih ni macam berair and timbul lebih tinggi dari mata hitam. Boleh bayangkan?!
Terus shoot pergi klinik. Tapi doctor tu mengecewakan betul lah. Die cuma cakap "Emm jangan gosok mata lagi, nanti lain jadinya." terus bagi ubat. ITU JE?! Tapi cuma dapat ubat eye drop dengan few ubat makan yang lain.
Bila dah balik Segamat makin teruk pulak sakit mata yg kering, mengelupas, pedih tu semua. Mula-mula macam Lebam sampai classmate Tanya, "Deya rajinnya pakai eye shadow." Eye shadow awak lah nak pakai pon tak reti. Kalau eye liner tu reti lah -_-
Sampai at one point memang dah tak tahan sangat sebab macam gatal sangat-sangat and pedih dah menjadi-jadi plus dah merebak sampai bawah mata, I decided to go to clinic, AGAIN. So Khamis lepas pergi klinik.
Me: Doktor, mata saya ni sakit lah.
Doc: Saya tahu. Emmm... *tengok-tengok mata*
Me: Kenapa ey mata saya cemtu? Dah lama tau ni. Dah makin merebak sampai ke bawah mata dah ni. Before this, ade jugak pergi klinik tapi tak baik-baik pon.
Doc: Ya, saya tahu. Kitakan cuma berusaha, tuhan yang menentukan. Emm ni berangan lebih ey ni pakai eye shadow?
Me: Eh mana ada! Kenapa dengan mata saya ni doctor?
Doc: Ni macam sejenis penyakit *alaaa aku lupa dia cakap apa* tapi ni tak teruk sangat. Ni kene inject.
Me: HAAA?! INJECT?! Doktor serious ke ni? Hehehe doctor main-main ey?
Doc: Okay kalau awak tak nak tape. Kite bagi ubat makan dulu.
Me: Doktor ni serious ke nak inject?
Doc: Emmm... *doctor ni pejam mata and seems tired* Okay tak boleh, ni kena inject jugak.
Me: Okay *nangis*
Lepas tu doctor tu terus berbual panjang maybe nak buat aku hilang focus pada injection yang die bak bagi lah kot.
Doc: Sayang mari tanganmu, disini ku mahu inject mu (Lagu Sayang by Shae covered by Doktor) -_-
Doc: 2..3..4..5..6..7..8..9..10.. okay ubat dah sampai.
Me: Ubat? Ubat ape? Mana ubat? *tengok sekeliling bilik*
Doc: Ubat yg saya inject tadi lah. Nanti awak akan rasa gatal di celah kangkang.
Me: Emm? Celah kangkang? Takde pon? Takde rasa pape pon?
Doc: Betul ni takde rasa? Emmm itu maknanya anti-body awak kuat. Sekarang ada rasa macam sesemut seluruh badan? High ke?
Me: Emmm ada jugaklah. Ni pon rasa macam badan ringan je macam high sikit. Haha.
Doc: Seronok kan? Okay itu je. Nanti amek ubat kat luar.
Me: Itu je? Okay thanks doctor.
Lepas tu dapat 3 jenis ubat and ubat sapu. Ubat dia strong gila sampai rumah mandi makan ubat terus tidur sampai ke malam high gila. Tapi best. Ha ha ha. So far sekarang macam makin okay. Mata kiri dah okay sikit, kanan je ni macam teruk sikit.
Panjangnyew entri kali ni. Hew hew hew.
1 comment:
klinik ni di mana ya? saya tengah alaminya n siap pedih lagi.macam skin burn bawah mata pu ada
Post a Comment