September 9, 2010

Cerita Raya.

Rendang dah siap sampai jari pon luka-luka, ketupat dah siap rebus, kuih & kerepek-kerepek dah banyak beli, langsir dah pasang. Senang cerita segala persiapan raya dah siap lah. Tinggal baju je tak bergosok lagi.


Handphone pon tak sudah berbunyi, biasalah kawan-kawan punya ucapan raya kan. Sorry lah kalau aku tak reply. Bukan apa, nanti jumpa cakap jugak selamat hari raya masa tangan kokot duit raya. Terima kasih aku ucap kan pada yang bagi thru message. Ingat korang kat aku *terharu.


Jadi, aku pon nak jugaklah ucap kan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin pada kaum keluarga, kawan-kawan, bekas-bekas teman lelaki & semua yang menyambut hari raya aidilfitri. Jemput datang rumah. Tak susah pon rumah aku, cari balai polis, haa depan tu dah rumah aku. Jemput datang ye :)


Awak, selamat hari raya maaf zahir & batin. Walau pon tak dapat nak beraya dengan awak tapi saya tetap ingat awak. Makan rendang ingat awak, makan ketupat ingat awak, makan kuih ingat awak. semua lah ingat awak. Bak orang-orang tua kata, jauh di mata dekat di hati? OHMYGOD ! Okay enough, Assalamualaikum !



2 comments:

Zulhelmi said...

SELAMAT HARI RAYA. :)

Deya Zanial said...

selamat hari raya :)