August 24, 2010
Just Leave If You Want To.
Ayat tipikal melayu untuk sedapkan hati, "tak pe, tak de jodoh lah tu...", atau "mungkin ade hikmah..." atau "dugaan bulan puasa lah tu..." kadang-kadang tak jugak sedap kan hati. Rasa macam kau bagi jawapan yang rare sikit boleh tak? Tapi tak jugak boleh salah kan orang-orang. Aku sendiri yang menggedik mengadu kat orang-orang macam ni siapa suruh kan?
Satu contoh cerita pagi tadi. Aku di ganggu oleh pesanan ringkas dari seorang kawan yang belajar jauh dari sini (Malaysia). Dia ni suka buat surprise yang tak comel. Maksud aku, surprise yang konon-konon die datang kolej aku tanpa beritahu tapi lepas tu tak dapat jumpa. Bukan sekali ya, tapi dah dua kali. Tak comel langsung. Tak comel. Satu sebab aku di KL dan satu lagi pak guard tahan die dengan alasan muka dia tak macam student UiTM. Bangang ape, die tu pelawat lah bodoh.
Bila aku kira-kira balik, selama die cuti lebih kurang enam puluh hari ni, aku cuma jumpa dia 10 minit sahaja. Itu pon di bahagi kepada dua tempat yang berlainan masa. Jadinya setiap pertemuan cuma lebih kurang dalam 5 minit. Cool tak cool?
Kata-kata (melalui pesanan ringkas) keramat akhir dia, "Okla. Jumpa lagi 2 3 tahun mendatang..."
*sigh.
Kenapa dia tak cakap je, "Kau turun bawah jap, kita jumpa..." Kenapa? -.-"
Tak ada jodoh mungkin? *sedapkan hati sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
haha wey. thought daya ada kelas la pagi2 pukul 8 tuh. sorry.
tak salah bertanya kan? alaa bende dah lepas. chill lah.
haha siapa yang tak chill sekarang?
amboiiii kene kan balik nampak?
Post a Comment