March 2, 2016

Pained Silence

Entah kenapa, setiap tingkah laku, gaya dan perbualan dia akhir-akhir macam dapat aku duga kesudahannya. Tapi mungkin kerana aku sendiri takot dengan instinct aku yg selalunya tepat, aku ambil keputusan untuk menidakkan segalanya. Walau pahit.

Aku cuba memaksa diri aku untuk keluarkan segala topik yang selalunya aku tak pernah bualkan. Sebab, aku tahu, ini kali terakhir kita bersua muka. Paling terakhir. Mungkin terlalu banyak aku ceritakan sehinggakan kau menegur,

"Banyaknya bercakap kali ni? Biasa I je yg bercakap, you diam."

Aku gelak, walau hati rasa pedih. Pedih untuk menerima kenyataan ini, walau tiada konformasi dari kau. Aku tahu. Aku cuma sangat yakin dengan kata hati ini. Terlalu banyak hint yang kau bagi, aku sedar, cuma aku berlagak tidak tahu. Cuma untuk memujuk hati.

"Jangan banyak diam je, entah-entah ni last you dapat cakap dengan I."

"Alah, macamlah jumpa lagi lepas ni."

Antara kata-kata kau yang aku pasti hint bagi aku untuk aku sedar, ini ucapan selamat tinggal. Kau banyak berdiam, tak macam sebelum ni yang tak henti bercakap. Ada saja topik yang kau nak bualkan sampai aku jadi hairan mana datang segala idea untuk berbual dari kau.

Kau menjarakkan jarak antara kita. Buat kadang aku rasa terasing. Sangat terasing. Terluka. Tapi aku simpulkan dengan senyuman. Untuk yang terakhir.

Kau seronok melihat sekeliling dari melihat aku di sisi. Aku rasa bagai halimunan yang tak wujud i mata kasar kau. Sampai mana, aku tak perlu lagi curi-curi lihat kau seperti selalu, kerana kau terlalu sibuk tanpa menghiraukan aku, di sisi.

Aku menangis ketika di jambatan di taman kita pergi malam itu. Kerna aku tahu, ini waktu terakhir sebelum kau terus hilang dari depan aku. Waktu terakhir, jam terakhir, minit terakhir, saat terakhir kita bersama. I was in pain, I was really hurt. I count every second I still have with you. It just heartache that I felt.

*   *   *   *   *

"There is a particular kind of suffering to be experienced when you love something greater than yourself. A tender sacrifice.

Like the pained silence felt in the lost song of a mermaid; or the bent and broken feet of a dancing ballerina. It is in every considered step I am taking in the opposite direction of you."

Letting Him Go, Lang Leav.

No comments: