January 18, 2016

Untuk 8 Tahun

Mungkin apa yang kita rasa tak selamanya kekal. Keinginan manusia pon kerap berubah. Mungkin atas sebab-sebab tertentu yang kadang kita sendiri tak tahu macam mana perasaan/ keinginan kita berubah. Tanpa di paksa. Tapi yang pasti, atas sebab paling kurang cuma satu.

Sejak kelmarin, aku pasti atas satu sebab dia berubah. Cuma aku terlalu takut untuk menerima kenyataan & menganggap itu cuma mainan perasaan. Aku berlagak biasa. Kiriman pesanan ringkas aku hantar seperti biasa. Satu balas kiriman langsung aku tak terima. Just, blue ticked.

Sehingga pagi tadi,

"I got something to tell you. But, not now."

Tak perlu tunggu apa yang akan aku dengar, aku dah pasti apa yang akan diperkatakan. Kata-kata yang aku pasti, 'pahit'. Tak selalunya kita akan rasa manis. Selingan pahit kadang-kadang perlu untuk kita sentiasa 'sedar'.

Walau untuk 8 tahun aku tunggu tapi cuma terima balasan untuk sebulan. Mungkin dia bukan untuk aku, tapi untuk 'si dia' kau yang pertama. Aku pasti, kau faham.

No comments: