January 22, 2016

Situasi

Kalau aku lebih suka situasi yang mana aku memandu kereta berseorang di temani lagu-lagu alternative/ jazz/ slow menuju ke arah yang aku sendiri tak pasti. Aku sukakan kesunyian. Bagi aku sunyi menenangkan. Bila aku tanya dia situasi macam mana yang dia suka, jawapannya...

"Memandu dengan orang tersayang dalam keadaan hujan." Die senyum memandang aku. Barangkali dia bahagia. Aku hanya balas dengan senyuman.

Kebetulan ketika itu hujan mula renyai-renyai dan semakin lebat. Tiba-tiba dia bersuara...

"Ini. Situasi ini." Dia senyum lagi.

Dan aku faham apa maksudnya. Namun bagi aku, apa jua situasi asalkan bersama dia, aku bahagia. Mungkin antara kami, aku yang banyak berdiam, sedangkan dia banyak bersuara. Keterbalikan antara kami.

Bila dia mengeluh "Am je bercakap, ida diam." Jawapan aku sentiasa "Ida takde topik."

Tapi sebenarnya, aku cuma mahu mendengar suara dia sementara masih punya peluang.

Sigh.


No comments: