January 10, 2016

Memori Part 1

Ini bukan lagi mimpi tapi kenyataan. Tapi masih terasa mimpi. Lebih-lebih lagi orang kata angan menjadi kenyataan. Semuanya bermula pada petang itu. Kira-kira lewat 6 petang. Aku cuma melambaikan tangan dari dalam kereta, dengan harapan dia nampak.

"Tengok depan. Ida kat sini."

Mahu pecah jantung tahan degupan laju tapi muka masih control sebaik mungkin. Yes, dia nampak. Senyuman. Dia jalan menuju ke aku. Dia ke arah butt kereta dan mengisyaratkan untuk membuka butt. "Mat ni seriously tak tahu kereta Myvi kena bukak sendiri dari belakang?" Dia terus ke pintu kanan belakang dan meletak kan sebuah bag baju dan bag laptop, lalu menuju ke pintu pemandu, buka, dan masuk.

Senyuman. Dan aku cuma lihat dari arah sisi mata. Bukan apa, malu. Aku cuba sehabis cool yang mungkin. Tapi aku tahu. Tak cool langsung pon. Aku tahu obvious sangat aku punya kalut masa tu. Dan dia tanpa bosan *maybe* pandang ke arah aku. Trying to eye contact me. Tapi aku tak benarkan. Aku cuba berbual untuk hilangkan rasa kalut. Tapi aku rasa dia lebih banyak berbual berbanding aku. I enjoy listening and he enjoy talking. *Enjoy ke? Lol.*

No comments: